Friday, July 31, 2009

Jadual Program LK 09'

24.05.09
-Malaysia

0800-bersiap-siap
0900-sarapan bersama family
1030-bertolak 2 KLIA
1200-berkumpul dengan group 1
1450-berlepas ke Madinah

25.05.09-26.05.09
-Madinah

-----ziarah 'makam Rasulullah'
-----ziarah Masjid Nabawi
-----Masjid Tujuh, Masjid Quba, Masjid Qiblatain
-----Jabal Uhud
-----Ladang Kurma
-----Perkuburan Baqi'

27.05.09

-----berangkat ke Mekkah


28.05.09-03.06.09
-Mekkah

-----Umrah
-----Jabal Thur
-----Arafah, Jabal Rahmah
-----Jabal Nur, Gua Hira'
-----Ladang Unta
-----Muzium 2 Masjid
-----Kilang Kiswah
-----Madrasah Tahfiz
-----Majlis Khatam Al-Quranul Karim

04.05.09-05.05.09

-----pulang ke Malaysia



~semoga mendapat umrah yang mabrur... Aminn..





Umrah Pertama!!

Setelah cukup 3 hari kami bermalam di Madinah, tibalah masanya untuk berangkat ke Mekah. Dan tibalah masanya kami akan mengerjakan Umrah yang Pertama!! hhehe... Pada kali pertama kami semua peserta LK 09' menyarungkan ihram pada badan kami, ramai yang gnaling tercabut dan sebagainya... tapi, selepas memakai kain ihram tersebut pada kali kedua dan seterusnya, tiada lagi keuhan atau rungutan drpd peserta2 LK 09'... heheh....

(Kali pertama Meru (aku) menyarungkan kain ihram pada badannya..)

Seterusnya, kami menaiki bas menuju ke Mekah Al-Mukarramah dan memakan masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke destinasi...




(Pemandangan di bandar Mekkah..)

Ujian daripada Tuhan..



(Gambar semasa di Madinah)


Setelah sampai di Lapangan Terbang Jeddah, kami semua diarahkan untuk mengangkat barang-barang dan memasukkannya ke dalam bas. Disitu telah berlaku sedikit insiden yang mana seorang daripada kawan kami tertinggal passportnya di dalam beg dimana beg itu telah dimasukkan di dalam bas. Ini telah menyebabkan semua peserta LK 09' menunggu selama lebih kurang 1 jam. Ini merupakan ujian pertama bagi semua peserta LK 09' tetapi semuanya menunggu dengan penuh kesabaran. Selepas itu, kami semua bertolak dengan menaiki bas ke masjid di Jeddah untuk solat dan makan malam. Setelah selesai,kami semua menaiki bas semula untuk bertolak ke Madinatul munawwarah. Setelah beberapa jam berada di dalam bas, akhirnya sampai juga kami di Haram Annabawi atau lebih dikenali sebagai Madinatul munawwarah. Semua peserta berasa sangat bersyukur kehadarat ilahi kerana selamat sampai di tanah haram yang suci itu. Alhamdulilah... Gembiranyerrrrrrrrrr!!

Kenangan di Sri Lanka..


Ini ialah gambar semasa berada di hotel kat sri lanka.. Bez giler.. haha.. Hotel ini berada di tepi pantai. Makanan yang disediakan pun sedap juga.. Swimming pool juga disediakan but tak leh mandi sebab kena pakai underwear..hahaha.. Kat situ jugak ada gym.. Tapi xleh guna sangat.. Nanti kene marah ouh.. hehee.. However, kami peserta LK 09' semua amat berpuas hati dapat bermalam di hotel tersebut.. hee~

Permulaan program LK 09'

Perjalanan untuk ke Mekah sungguh mendebarkan kerana ini adalah pengalaman pertama bagi semua peserta Lambaian Kaabah 09. Peserta Lambaian Kaabah 09 terdiri daripada 20 orang pelajar dan beberapa orang guru dan waris masing-masing. Semuanya berjumlah 40 orang. Kami semua berkumpul di KLIA pada jam 12 tengah hari. Selepas itu semua peserta menunaikan solat jama' zohor dan asar di musolla KLIA. Pada jam 2.30 petang semua peserta diarah berkumpul untuk diberikan passport dan kad travel masing-masing. Pelajar-pelajar yang bertolak dari KLIA bersalaman dengan ibu-bapa dan ahli keluarga masing-masing. Kemudian, pada jam 4.30 petang telah berangkatlah semua peserta Lambaian Kaabah 09 ke Sri Lanka dan seterusnya ke Makkatul Mukarramah dengan menaiki Kapal Terbang Sri lankan Airlines...

Pada 25 Mei 2009, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Sains (MTS), Berangan, Tumpat seramai 2o orang telah berangkat menuju ke tanah suci bersama-sama dengan para pendidik MTS.

Kami menaiki kapal terbang SriLankan dari KLIA ke Colombo yang memakan masa selama 3 jam dan bermalam di hotel Sri Lanka.

Program Lambaian Kaabah..

25 mEI 2009.. Itulah titik bersejarah bagi sekolahku dan diriku sendiri. Program Lambaian Kaabah akhirnya berjaya dilancarkan pada hari tersebut... Akulah salah satu pelajar yg terpilih untuk mengikuti program Lambaian Kaabah tersebut.. eeee!!! bestnya!..


(Aku bersama rakan2 di KLIA sebelum bertolak ke Colombo..)