Friday, July 31, 2009

Permulaan program LK 09'

Perjalanan untuk ke Mekah sungguh mendebarkan kerana ini adalah pengalaman pertama bagi semua peserta Lambaian Kaabah 09. Peserta Lambaian Kaabah 09 terdiri daripada 20 orang pelajar dan beberapa orang guru dan waris masing-masing. Semuanya berjumlah 40 orang. Kami semua berkumpul di KLIA pada jam 12 tengah hari. Selepas itu semua peserta menunaikan solat jama' zohor dan asar di musolla KLIA. Pada jam 2.30 petang semua peserta diarah berkumpul untuk diberikan passport dan kad travel masing-masing. Pelajar-pelajar yang bertolak dari KLIA bersalaman dengan ibu-bapa dan ahli keluarga masing-masing. Kemudian, pada jam 4.30 petang telah berangkatlah semua peserta Lambaian Kaabah 09 ke Sri Lanka dan seterusnya ke Makkatul Mukarramah dengan menaiki Kapal Terbang Sri lankan Airlines...

Pada 25 Mei 2009, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Sains (MTS), Berangan, Tumpat seramai 2o orang telah berangkat menuju ke tanah suci bersama-sama dengan para pendidik MTS.

Kami menaiki kapal terbang SriLankan dari KLIA ke Colombo yang memakan masa selama 3 jam dan bermalam di hotel Sri Lanka.

No comments:

Post a Comment