Friday, July 31, 2009

Ujian daripada Tuhan..



(Gambar semasa di Madinah)


Setelah sampai di Lapangan Terbang Jeddah, kami semua diarahkan untuk mengangkat barang-barang dan memasukkannya ke dalam bas. Disitu telah berlaku sedikit insiden yang mana seorang daripada kawan kami tertinggal passportnya di dalam beg dimana beg itu telah dimasukkan di dalam bas. Ini telah menyebabkan semua peserta LK 09' menunggu selama lebih kurang 1 jam. Ini merupakan ujian pertama bagi semua peserta LK 09' tetapi semuanya menunggu dengan penuh kesabaran. Selepas itu, kami semua bertolak dengan menaiki bas ke masjid di Jeddah untuk solat dan makan malam. Setelah selesai,kami semua menaiki bas semula untuk bertolak ke Madinatul munawwarah. Setelah beberapa jam berada di dalam bas, akhirnya sampai juga kami di Haram Annabawi atau lebih dikenali sebagai Madinatul munawwarah. Semua peserta berasa sangat bersyukur kehadarat ilahi kerana selamat sampai di tanah haram yang suci itu. Alhamdulilah... Gembiranyerrrrrrrrrr!!

1 comment: